Friday, 22 November 2013

Cinta?



CINTA 
Satu ungkapan yang pastinya difahami semua lapisan masyarakat tidak mengira usia. Cinta itu banyak definisinya dan banyak juga caranya.
Bukanlah hamba ini doktor cinta atau pakar cinta namun ingin segala hamba ini ingin mengutarakan pandangan dan pendapat hamba mengenai cinta.
Cinta yang mahu saya sentuh pada kali ini adalah CINTA DALAM KALANGAN ANAK MUDA. Sudah menjadi panaroma biasa jika melihat anak muda berlainan jantina berjalan mesra bergurau senda di tempat-tempat awam seperti shopping complex dan sebagainya. Dikatakan ketinggalan zaman jika anak muda terutama pelajar IPT jika tidak mempunyai kekasih pujangga hati.

CINTA DALAM ISLAM
Apakah CINTA menurut pandangan Islam dan bagaimanakah caranya untuk BERCINTA mengikut landasan Islam yang sebenar. Cinta yang utama haruslah cinta kepada Pencipta kita Allah S.W.T dan kemudiannya kepada Rasulullah S.A.W dan agama. Selepas itu barulah cinta kepada manusia samada keluarga, sahabat mahupun kekasih hati.
 Kecenderungan dan tarikan terhadap insan yang berlainan jantina merupakan fitrah manusia dalam kehidupan. Mustahil jika ada yang mengatakan mereka langsung tidak mempunyai rasa cinta. Cinta merupakan perasaan yang wajib dalam setiap insan bergelar manusia samada Adam atau Hawa. Islam langsung tidak pernah melarang manusia untuk bercinta namun terdapat cara-cara dan panduannya agar kita tidak terbabas daripada landasan syariat.
Allah telah berfirman dalam Al-Quran bahawa perasaan cinta adalah fitrah kita sebagai insan. 

“dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa wanita-wanita, .... ( Ali Imran: 14).

NAMUN! Yang menjadi masalahnya adalah apabila golongan muda Islam sekarang ini tidak mempunyai ilmu dan tidak mengikut panduan dan landasan cinta seperti yang ditetapkan dalam Islam. Cinta tanpa batasan dan panduan akan menyebabkan kita terutama remaja akan terjebak ke dalam kancah maksiat dan zina seperti yang kerap berlaku zaman sekarang. Akibatnya, lahirlah insan tanpa bapa yang sah dan akhirnya riwayatnya tamat di lubang-lubang tandas tidakpun tong sampah yang jijik.

Cinta bukanlah bermakna berpasangan atau couple dalam istilah anak muda zaman sekarang. Cinta yang sebenar adalah melalui perkahwinan. Bercouple hanya akan membuatkan kita bermimpi dengan mainan cinta. Semua yang kita lihat akan menjadi indah belaka. Seolah tiada cacat celanya dalam percintaan. Bak kata Ustazah Fatimah Syarha, semuaa yang kita lihat masa bercouple hanya lakonan semata-mata. Kita tidak menjadi diri kita yang sebenar, semua yang kita lakukan, segala perbuatan kita hanya lakonan supaya kelihatan indah dan baik di hadapan pasangan kita. Malah bercouple menjerumuskan kita ke dalam lembah maksiat. Pabila bercouple, mestilah mahu makan bersama. Selepas itu menonton wayang, keluar berjalan dan akhirnya sampai ke ranjang yang kesudahannya lahirlah anak luar nikah.




Tiada cinta antara wanita dan lelaki kecuali perkahwinan. Maka jalan yang sebenar ialah menjejakkan kaki ke jinjang pelamin dan menjadi yang halal buat pasangan masing-masing. Bukannya bercinta dengan cara membawa ke hulu ke hilir anak gadis yang bukan mahram bagi kita. Tidak ada salahnya jika kita hendak berkahwin pada usia yang muda malah itu lebih digalakkan bagi mengelakkan maksiat berlaku sekaligus menjerumuskan kita ke dalam lembah penzinaan.

Syaitan dan iblis amat membenci manusia yang kahwin pada usia muda kerana itu telah membuatkan mereka terselamat daripada terjerumus ke dalam kancah maksiat. Sepertimana dalam hadi Rasulullah S.A.W:

Jabir bin Abdillah r.a. menyatakan Rasulullah bersabda: “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.” (HR. Ibnu ‘Addi) 

Syaitan sentiasa berusaha menjerumuskan kita ke dalam dosa dan salah satunya melalui menjebakkan kita dengan maksiat. Maka, perkahwinan pada usia yang muda itu membuatkan syaitan menangis kerana perkahwinan merupakan pelindung untuk kita daripada melakukan dosa dan maksiat.
Mungkin masyarakat kini terlalu sempit pemikirannya. Apabila ada remaja yang ingin bernikah awal sering kali banyak halangannya terutama daripada keluarga sendiri. Ini kerana perkahwinan yang seharusnya menurut syariat Islam telah bercampur aduk dengan adat. Maka perkahwinan itu semakin susah. Alasan seperti tiada perkerjaan, ekonomi dan kematangan sering kali terbisik ke telingan masyarakat dan membuatkan banyak anak muda berasa tidak sesuai untuk berkahwin pada usia muda. Posting pada kali ini saya tidak mahu menyentuh banyak mengenai kahwin muda hanya fokuskan kepada konsep cinta dalam Islam.
Jelaslah sudah bahawa cinta itu sememangnya perlu tetapi pada masa dan cara yang betul. Salurkanlah cinta anda pada medium yang sebenarnya yang berlandaskan syariat Islam. Bercouple bukanlah jalan yang benar untuk bercinta. Jika berasa pasangan atau individu itu sesuai untuk dijadikan pasangan hidup, maka segerakanlah berjumpa keluarga dan teruslah mengikat dengan pertunangan dan percepatkanlah perkahwinan. Moga kita semua selamat daripada godaan syaitan yang tidak pernah lelah untuk menyesatkan umat manusia. Hamba ini bukanlah insan sesuci malaikat bukan juga seorang alim ulama, maka jika terdapat salah dan silap mohon diampunkan. Perjalanan hamba dan kita semua dalam menuju destinasi abadi masih jauh. Moga kita tidak tersimpang dari jalan yang sebenar.

Assalamualaikum.     



Sebelum sudah, sudilah agar membaca puisi tinta hamba yang tidak seberapa ini.

Mekar indah kuntuman bunga
Cantik dipandang tenang rasanya
Cinta itu tinggi nilainya
Cinta Ilahi pasti ke syurga

Cantim rupawan jelita rupanya
Ingin dipetik di hati bertakhta
Jadi yang halal impian semua
Dengan syariat kita bercinta 

Monday, 11 November 2013

Wanita Seindah-Indah Perhiasan




Wanita. Satu perkataan yang pabila dengarnya perkataan itu maka terbayanglah seorang insan yang cantik, ayu dan terbayangkan keindahan. Sesungguhnya wanita adalah perhiasan dan keindahan.
Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihiwassalam bersabda:




Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Begitulah Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W menggambarkan wanita. Betapa Islam begitu memartabatkan wanita dalam kehidupan seharian kita. Wanita solehah adalah sebaik-baik dan seindah-indah perhiasan di dunia ini.

Pada zaman dahulu terutama pada zaman jahiliyah sebelum munculnya sinar Islam di jazirah Arab, wanita seumpama tiada hak dan keadilan. Wanita langsung tidak dipandang mulia malah dihina. Malah jika seorang bayi perempuan yang lahir, ada yang sanggup membunuh anak kecil itu kerana mempunyai seorang anak perempuan dianggap hina oleh masyarakat Arab Jahiliyah. Saidina Umar Al-Khattab sendiri telah membunuh anak perempuannya sendiri sebelum beliau menerima hidayah Islam. Kita boleh lihat betapa hinanya wanita pada ketika itu.
Namun kedatangan sinar Islam telah menerangi semesta alam. Martabat wanita diangkat tinggi dan dipandang mulia dalam agama Islam. Namun pada masa kini, idealogis Barat telah memfitnah Islam dengan mengatakan bahawa Islam tidak menghargai wanita dan mengongkong wanita daripada hak-hak mereka. Namun, banyak wanita-wanita Barat memeluk Islam kerana kebenaran Islam dan penghargaan Islam kepada wanita.
Sesungguhnya pada pandangan Allah, wanita dan lelaki itu adalah sama. Yang membezakan kita hanyalah ketaqwaan dan keimanan kepada Allah Azza Wajalla. Ini dapat kita lihat dalam firman Allah S.W.T dalam surah At-Taubah.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) surga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga ‘Adn. Dan keridhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar. ( At-Taubah : 71-72)

Ayat-ayat ini telah menegaskan bahawa tidak ada perbezaan antara kaum Adam dan kaum Hawa di hadapan Allah. Tidaklah martabat dan kemuliaan wanita itu lebih rendah daripada martabat seorang lelaki melainkan ketaqwaan dan keimanan yang membezakannya.
Wanita dan lelaki itu saling memerlukan antara satu sama lain. Hingga Allah telah mengumpamakan wanita dan lelaki itu ibarat pakaian sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 187:
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. (Al-Baqarah : 187)

Lihatlah betapa indah perumpamaan yang Allah buat. Lelaki dan wanita itu saling melengkapi dan menutupi kekurangan dan kelemahan masing-masing. Dalam ketaqwaan kepada Allah lah manusia itu akan lebih berkasih sayang dan mengindahkan kehidupan seharian dengan kasih dan sayang daripada Allah.

Wanita begitu dimuliakan dalam Islam sehingga Islam begitu menitikberatkan soal wanita. Pada pandangan Barat, wanita Islam dikongkong hak mereka kerana wanita Islam terpaksa menutup aurat, memakai tudung, tidak boleh keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi larangan yang dikenakan terhadap wanita. Barat melihat itu semua sebagai konkongan dan penghinaan Islam terhadap wanita. Tetapi sesungguhnya semua itu adalah untuk memelihara wanita sebagai perhiasan yang paling indah di dunia ini. Islam memelihara dan mengongkong wanita kerana wanita itu adalah mahal dan tidak ternilai. Jika kita hendak membeli sesuatu perhiasan ataupun barang yang mahal, kita mahu membeli perhiasan yang diletak diluar tanpa penjagaan rapi? Adakah kita mahu membeli sesuatu yang sering dipegang-pegang? Adakah kita mahu membeli perhiasan yang tidak ditutup dan dikotori oleh debu-debu? Maka itulah kemuliaan yang Islam letakkan pada seorang insan bergelar wanita. Wanita begitu dijaga rapi dengan hukum-hukum Islam. Wanita dilarang bersentuhan dengan yang bukan mahramnya kerana ingin memberikan sesuatu yang istimewa hanya untuk suami. Wanita diarah untuk menyembunyikan kecantikan rambut-rambut dan anggota tubuh mereka kerana semua itu hanyalah yang teristimewa untuk suami yang berusaha untuk mendapatkan perhiasan yang paling indah. Maka itulah hikmah disebalik semua hukum-hukum yang Allah tetapkan.
Maka sebagai seorang wanita, hendaklah menjaga batas-batas pergaulan, aurat dan semua yang ditetapkan oleh Islam agar anda menjadi seindah-indah perhiasan yang tidak ternilai hanya untuk suami anda.

Ana rasa setakat itu sajalah entry untuk kali ini. Semoga wanita-wanita muslimah di luar sana berusaha untuk menjadi seindah-indah perhiasan di dunia. Hargailah diri anda kerana anda diciptakan untuk menjadi yang indah-indah. Semoga kita semua mendapat manfaat dan keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Maaf dipinta jika terdapat salah dan silap dalam penintaan hamba yang lemah ini. Teruskanlah perjalanan kita sebagai musafir dunia dalam mencari syurga yang hakiki dan kekal selamanya.
Sekian, Assalamualaikum w.b.t.
Fi hifzillah.






Sunday, 10 November 2013

Berpurdah Tapi Tabaruj


Berpurdah tapi masih tabaruj?

Sedar atau tidak ramai Muslimah yang telah membuka langkah untuk mula memakai purdah, niqab, burqa dan sebagainya. Namun, haruslah diingat pemakaian itu haruslah niat kerana Allah S.W.T bukanlah atas dasar fesyen semata-mata. Banyak wanita yang memakai purdah namun masih menarik perhatian kaum Adam dek kerana hiasan yang melampau pada mata mereka. 


1) Sudah berniqab, tp menghias matamu secara berlebihan, memakai celak berlebihan sehingga menampakkan kecantikan matamu. Untuk siapa kamu berhias?

Sabda Rasulullah S.A.W
"Seseorang wanita dilarang utk berhias kecuali utk suaminya" ( HR imam ahmad, abu daud dan an-nasaaiy )

2) Wangian, tak salah utk memakai wangian sbgai menutup bau yg tidak enak, tetapi tidak boleh memakai secara berlebihan sehingga menarik perhatian lelaki. Kerana ia menghampiri zina.

Sabda Rasulullah S.A.W
" Sesiapapun wanita yg memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, beerti dia telah berzina" ( HR imam an-nasaaiy )

3) Pakaian. Sudah berpurdah tetapi pakaian menjolok mata. Apa yg dimaksudkan ialah warna pakaian saudari2. Warna yg menjolok mata ialah warna yg terang seperti merah. Nabi sgt melarang wanita berpakaian berwarna MERAH kerana ia warna yg menarik perhatian dan merangsang syahwat lelaki.

4) Lenggokan badan. Yang dimaksudkan adalah apabila saudari berjalan dgn lenggokan dan gaya jalan saudari. Kerana lelaki boleh tertarik hanya dengan lenggok badan yg penuh gaya ketika berjalan dan Nabi sgt2 melarang perbuatan itu.

imam ibnu Al-Arabiy mengatakan, termasuk tabaruj, seseorang wanita mengenakan pakaian yang nipis dan menampakkan warna kulitnya. Inilah yg dimaksudkan dlm hadis Rasulullah S.A.W yg terdapat dalam hadis sahih
"Betapa banyak wanita yg telanjang, berpakaian nipis merangsang, dan berlenggok-lenggok. Mereka tidak akan dimasukkan ke dalam syurga dan mencium baunya." (HR Imam Bukhari)

#wanita, jagalah diri kamu, kerana wanita amat dijaga di dalam Islam...

kecantikan dirimu hanya utk yg sah bg mu :)

Perjalanan Bermula

Alhamdulillah, 
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya blog islamik Diari Seorang Musafir berjaya ditubuhkan.
Blog ini bukanlah ditulis oleh seorang hamba yang sempurna imannya tapi adalah tinta seorang insan berdosa dalam mencari hidayahNya dalam menempuh perjalanan sementara kita di dunia ini.

Sama-samalah kita berusaha dalam mencari keredhaanNya. Andai terdapat salah dan silap semasa hamba meninta tulisan hamba, mohon ditegur.

Sekian, Assalamualaikum.